3 Usahawanita Malaysia Terlajak Berjaya 2017 Serta Latarbelakang

Ketahui latabelakang & kejayaan usahawanita-usahawanita paling berjaya di Malaysia membina empayar perniagaan bernilai multi-million. Serba ringkas asal-usul usahawanita cekal ini sebelum kejayaan membina legasi empayar dalam industri kosmetik & kecantikan, kawalan keselamatan & fesyen.

Usahawan wanita Malaysia paling berjaya & sejarahnya

Datuk Seri Hasmiza Othman - Industri Kosmetik

Dr. Vida Beauty usahawanita berjaya 2017
Imej: utusan.com.my

Datuk Seri Hasmiza Othman, lebih dikenali sebagai Dr Vida, adalah antara usahawanita paling berjaya di Malaysia. Beliau telah mengukuhkan perniagaan beliau dalam industri kosmetik dengan Vida Beauty, melalui produk Qu Puteh.

Dilahirkan di Machang Kelantan, beliau telah mengharungi berbagai cabaran sejak diusia muda lagi. Beliau telah kehilangan ayanhandanya ketika berumur 8 tahun, kehilangan 2 orang anak kesayangan pada kejadian kebakaran sekitar Oktober 2013 termasuklah proses penceraian pada bulan April 2017 - Dato Seri Vida telah mengharungi semua cabaran dilemparkan dengan tabah & redha.

Apabila kehilangan ayahndanya, Dr Vida telah belajar untuk menjadi lebih berdikari serta menjalankan pernigaaan secara kecil-kecilan. Ketika di zaman sekolah lagi, Dr Vida telah menunjukkan minat untuk berniaga dengan menjual paket-paket makanan kepada rakan-rakan sekolah.

Sifat keusahawanan Dr. Vida diteruskan di peringkat universiti dimana beliau menjual berbagai produk kepada rakan-rakan sekolej & juga kepada tenaga pengajar. Beliau juga mengambil kerja sambilan untuk menampung pembiayaan pembelajarannya.

Setelah menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dengan dianugerahkan Ijazah Pendidikan, Dr Vida telah bertugas sebagai seorang tenaga pengajar. Ketika inilah beliau mengambil kesempatan untuk mendalami perniagaan khusus dalam industri kosmetik & kecantikan.

Dalam perniagaan, beliau mengharungi segalanya, jatuh dan bangun, termsuklah mengambil pinjaman bernilai RM200,000 untuk membuka sebuat pusat kecantikan (salon). Hanya setelah 12 tahun, Dr. Vida telah membuat keputusan untuk berhenti sebagai tenaga pengajar & bertukar ke Lembaga Latihan Vokasional Negara (National Vocational Training Council).

Bermula disini, Vida Beauty telah dibangunkan dan Dr. Vida telah menerima geran bernilai RM1 million dari kerajaan untuk pembangunan perniagaan. Namun begitu, perniagaan ini hampir lumpuh kerana perbelanjaan perniagaan yang tidak seimbang yang hanya bertumpu kepada promosi semata-mata.

Segalanya berubah setelah beliau mempromosi produknya di radio FM RTM Kelantan.

Sejak itu, Dr. Vida telah lebih sedar tentang selok-belok perniagaaan & bagaimana untuk lebih peka ketika mempromosikan produk. Ini ditunjukkan apabila beliau sendiri menjadi ikon dan juru cakap (brand Ambassodor) produk-produk syarikat.

Walaupun Dr. Vida mengharungi berbagai rintangan disepanjang penglibatan dalam dunia perniagaan, Dr Vida tetap menjadi salah seorang usahawanita yang paling berjaya di dalam negara.

Kini, beliau mampu untuk menaja beberapa rancangan terbesar di Malaysia, mempunyai kediaman mewah bernilai RM22 Million di Ipoh Perak & beberapa kereta mewah seperti Lamborgini & Bugati.

Datuk Dr Maznah Hamid - Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan

Dr. Maznah Hamid usahawanita dalam bidang dimonopoli lelaki
Imej: youtube.com

Ketika berumur 5 tahun, Datuk Dr Maznah Hamid sudah mula melalui kehidupan mencabar ketika penceraian ibubapanya. Dibesarkan oleh datuk & nenek, merekelah yang menjadi pendorong Dr. Maznah untuk mendalami dunia perniagaan kerana beliau pernah dicabar oleh datuknya yang menyatakan seorang usahawan tidak mempunyai masa depan yang cerah.

Dr. Maznah meneruskan pengajian dalam bidan linguistik, kemudian menjadi tutor/juru alih bahasa di beberapa kedutaan & syarikat multi-nasional.

Walaupun bertugas, beliau tidak pernah menolak cita-cita untuk menjadi seorang usahawan. Gagal ketika membuat permohonan pinjaman dengan beberapa institutsi perbankan, beliau bertekad mengeluarkan wang simpanan sendiri sebanyak RM5,000 untuk memulakan pernigaaan yang rata-ratanya didominisasi oleh kaum lelaki.

Dikenali sebagai 'Iron Lady', Dr. Maznah adalah wanita pertama di Malaysia yang menerajui industri perkhidmatan kawalan keselamatan dikenali sebagai 'Securiforce'.

Pada peringkat awal Securiforce, Dr. Maznah tidak tahu lamgsung selok-belok pernigaaan, lebih lagi perkhidmatan kawalan keselamatan. Dangan kerja keras & kecekalan, beliau meneruskan perniagaan & berjaya menjadikan syarikat bernilai multi-million, mempunyai lebih 6000 anggota serta menubuhkan 65 cawangan di seluruh Malaysia.

Pada peringkat awal perkhidmatan syarikat, beliau melalui berbagai masalah terutamanya kekurangan kakitangan & anggota. Pada satu ketika, beliau & suami terpaksa "turun padang" membuat kawalan manakala suaminya pula membuat kawalan rondaan - akibat kekurangan anggota dalam syarikat.

Di peringkat awal penubuhan syarikat, beliau juga terpaksa menjual rumah kediamannya & menginap di rumah setinggan, semata-mata untuk memastikan perniagaannya terus hidup.

Kini, beliau telah berbangga dengan pencapaian syarikat kawalan keselamatan yang membolehkan beliau untuk berkecimpung pula dalam industri lain seperti haratnah, pemaju dan sebagai seorang pakar motivasi terkemuka negara.

Christina Ng - Industri Fesyen

Christy Ng usahawanita atas talian bidang fesyen
Imej: youtube.com

Pereka kasut eksklusif wanita, Christina Ng, dengan jenama dikenali 'Christy Ng', dibesarkan dalam keluarga yang sederhana.

Christina adalah seorang yang suka berdikari, tidak mahu untuk membebankan keluarga. Ayahnya seorang pembersih penghawa dingin, memaksa beliau untuk mencari pendapatan sendiri seawal usia muda.

Pada mulanya, beliau menjual bunga di stesen LRT, menjual ais-krim & membuka gerai di beberapa bazar di Petaling Jaya dengan menjual kasut yang diperoleh dari Thailand.

Beliau juga pernah berkerja sebagai seorang pelayan restoran selama 7 tahun untuk membiayai kos-kos pembelajaran sehinggalah memperoleh Ijazah Bio-Teknologi & Sains Kesihatan

Christina pernah bertugas di syarikat farmasitikual multi-nasional dari Switzerland, sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk menggunakan semua simpanan untuk membina sebuah laman kedai online menjual kasut khusus untuk wanita.

Impian ini telah terpedam sejak umurnya 4 tahun lagi.

Perniagaan atas talian ini bermula dari ruang tamu rumah keluarganya, dan terus membangun sehinggakan ramai kenalannya telah nampak sifat keusahawanana semulajadi yang terpendam.

Setelah lebih 7 tahun menjalankan perniagaan atas talian, jenama kasut Christy Ng sudah mempunyai lebih 430,000 likes di Facebook dengan beratus ribu pasang kasut terjual sejak dari mula penubuhan perniagaan beliau.

Rujukan: Says , The Star , ChristyNg.com




3 Usahawanita Malaysia Terlajak Berjaya 2017 Serta Latarbelakang https://2.bp.blogspot.com/-Q4p-W6VMFCw/WZb6QpQyllI/AAAAAAAAAHo/L9NRTD5sjnkowUNdyKD0jP-gEcb6HmYpQCLcBGAs/w72-h72-p-k-no-nu/usahawan-wanita-paling-berjaya-2017a%2B%25281%2529.jpg http://www.mynieve.com/2017/08/3-usawanita-malaysia-terlajak-berjaya.html

Pengesahan & Kelulusan

Kesemua produk keluaran Niéve Beauty mempunyai pengesahan Nota Notifikasi dari Pengarah, Perkhidmatan Farmasitukal, Kementerian Kesihatan Malaysia -- memberikan keyakinan kepada pengguna terhadap bahan ter-kandungan pada produk keluaran Niéve Beauty.

Produk-produk Nieve Beauty telah pun memperoleh pengesahan & kebenaran untuk dipasarkan terus kepada pengguna mengikut Akta Kawalan Ubatan & Kosmetik 1984 -- Regulation 18 A (2).

Sila hubungi kami disini untuk pertanyaan lanjut & pengesahan.

Membuat Pesanan?

Kami di Niéve Beauty Kelantan menyediakan langkah mudah untuk membuat pesanan di-atas talian. Tidak memerlukan data peribadi & segala maklumat adalah rahsia.


Cara Melihat & Merubah Pesanan.


  • Click ikon di penjuru atas laman untuk melihat atau merubah produk pesanan anda bila-bila masa.

Cara Membuat Pesanan.


  • Di laman "Shop", pilih produk anda.
  • Semak harga serta tawaran istemwa kami sediakan atas talian.
  • Pilih opsyen disediakan (jika ada).
  • Tekan butang "Add to Cart".
  • Paparan troli shopping cart tertera bagi membuat perubahan/semakan atau terus menghantar pesanan anda.

Cara Menghantar Pesanan.


  • Di laman "Checkout", sila semak butiran pesanan.
  • Pilih destinasi penghantaran anda (jika ada)
  • Isi borang atas talian maklumat diperlukan.
  • Semak borang penghantaran.
  • Tekan butang "Hantar Pesanan" atau "Paypal" jika anda ingin menbuat transaksi atas talian -- mudah, selamat & transaksi anda dilindungi.

Seterusnya pesanan anda diproses & produk anda akan sampai di depan pintu dalam 3 hari bekerja -- begitu mudah!


Bayaran Melaui Sistem Perbankan

Bagi pembayaran melalui perbankan, pihak kami akan mengirimkan e-inbois terus ke telefon & alamat emel anda untuk pengesahan.


Bayaran On-line Melalui Paypal

Mudah cepat & sangat selamat dan pihak kami tidak meyimpan data peribadi anda. Anda boleh menggunakan baki akaun Paypal ataupun menggunakan kad kredit/debit bagi membuat pembayaran.

Transaksi anda dijamin & dilindungi sepenuhnya jika produk dipesan tidak dikirimkan seperti dijanjikan. Anda boleh memohon pengembalian bila-bila masa dengan klik butang "Refund" sahaja.

Maklumat Penghantaran

Niéve Beauty Kelantan sentiasa bekerjasama dengan perkhidmatan kurier/penghantaran yang paling efisyen untuk kiriman anda. Di-antara khidmat kurier yang terus berurusan adalah:-


  • Pos Laju (dalam & luar negara)
  • City Link
  • Skynet
  • Ta-Q-Bin

Pada dasarnya, pesanan anda akan sampai ke destinasi dalam 3 hingga 5 hari bekerja -- itu yang telah dijanjikan oleh pihak perkhidmatan pengiriman. Respons dari pengguna, ada ketikanya pesanan anda tiba kurang 24 jam!

Namun begitu, terdapat juga penghantaran yang mungkin akan terlewat kerana faktor-faktor diluar jangka.

Oleh itu, setelah pesanan dikirim, pihak kami akan menghantar "Tracking Code" terus kepada anda bagi menyemak kedudukan/status penghantaran tersebut.

Maklumat Pemulangan

Tidak 100% berpuas hati dengan produk dikirim? Mempunyai kecacatan luar jangka? Kami berikan 30 hari untuk tempoh pemulangan tanpa sebarang pertanyaan.

Masukkan semula produk pesanan anda yang rosak itu kedalam pek disediakan (bersama pakej asal & tag), sertakan salinan slip pemulangan di dalam pek tersbut. Kemudian, hantarkan melalui pek itu di perkhidmatan pos berhampirsan dengan tempat anda kepada kami.

Permohonan anda akan diproses & produk anda boleh diganti semula ataupun kami memulangkan semula wang pembelian anda -- mengikut kesesuaian. Untuk pengetahuan lanjut & kelayakan pemulangan, sila layari laman FAQ kami.

Shopping Cart View

Map

Store Settings

Theme Fonts

Disqus for nieve-care

Facebook Like Lightbox