Berkenaan Kami

Niéve Beauty Kelantan dikendalikan oleh seorang usahawanita yang berpengalaman & berkecimpung dalam industri kosmetik serta kesihatan wanita sejak awal 80-an lagi.

Mempunyai beberapa rangkaian pusat kecantikan, kiosk di bandar Kota Bharu serta didampingi ramai rakan niaga strategik, memudahkan pelanggan memperoleh perkhidmatan disediakan dengan lebih optimum.


Sebagai satu-satunya usahawanita berpengalaman & pengedar diiktiraf Sendayu Tinggi di bandar Kota Bharu, memberikan kelebihan kepada beliau untuk terus bertapak di dalam industri yang sangat mencabar ini.

Beliau juga menyandang beberapa anugerah dari produk-produk jenama tersohor selain pemegang anugerah keusahwanan dari agensi berkaitan seperti:-

Anugerah dari agensi/badan berkanun:


  • Tempat ke-2 "Turnaround Challenge" dari Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
  • Ejen BSN berdaftar penyediaan Perkhidmatan Perbankan Tanpa Daftar dari Bank Simpanan Malaysia
  • Anugerah Usahawan Berjaya 2008 dari Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Pengiktirafan dari Produk Kecantikan:-


  • Penghargaan atas sumbangan Stokis Kelantan oleh Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd.
  • Unit Manager dari AVON
  • Stokis rasmi LuvMila
  • Tempat ke-3 produk Zarraz
  • Tempat ke-3 Stokis Terbaik produk AWB
  • Pengitirafan dari produk Nouvelles Visage
  • Pengitirafan pengadilan dari Totalife 


Kini beliau terus mengukuhkan kedudukan dalam industri dengan menyediakan perkhidmatan spa & pusat kecantikan, urutan refleksologi, manicure & pedicure serta terus tekun meluaskan perkhidmatan-perkhidmatan sedia-ada.

Berkenaan Produk Niéve Beauty


Hasil kerjasama perniagaan strategik dengan pemilik jenama Niéve Beauty -- Faz Mode Ventures, kini produk-produk Niéve Beauty bakal diperoleh dengan lebih mudah di negeri Kelantan amnya mahupun di negeri-negeri pantai timur khasnya.

Memandangkan permintaan yang terus meningkat khususnya dari negeri Cek Siti Wan Kembang, produk ini terus kukuh & menambat hati pengguna-pengguna negeri ini & terus mempercayainya.

Dengan adanya pusat pengedar utama, membolehkan pengguna memperoleh produk Niéve Beauty mereka dengan lebih mudah, cepat -- di premis mahupun di atas talian.

Dengan ini harga produk lebih terkawal, tahap kebolehcapaian produk yang lebih efisyen bagi terus bersaing di dalam industri yang sangat mencabar ini.

Lokasi Kami


Dengan kedudukan pusat kecantikan yang sangat strategik di pinggir bandar Kota Bharu, menjadikan kami mudah dikunjugi tanpa melalui kesesakan bandar.

Mempunyai ruang letak kereta yang kuas serta selamat, berhampiran dengan pasaraya serta rangkaian perniagaan lain, memberikan alaternatif kepada pengguna di kawasan sekitarnya.

Alamat: 
PT 1366, Tingkat Bawah, Jalan Long Yunus, 
Taman Koperatif Tanjung Chat,
15200 Kota Bharu,
Kelantan Malaysia


Hubungi Kami


Untuk membuat sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui email disini mahupun terus menghubungi kami di Whatsapp atau telefon seperti tertera dibawah.


Pendaftaran




Terima Kasih kerana terus memberikan kepercayaan terhadap produk bumiputera.




Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Shopping Cart View

Map

Store Settings

Theme Fonts

Disqus for nieve-care

Facebook Like Lightbox