DYAM TMJ Menjawab Pendapat Netizen Isu UMNO PRU14 di Facebook


Berikutan reaksi lebih 36K netizens kurang 24 jam di postingan Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) di laman Facebook Johor Southern Tigers berkenaan senario politik tempatan, PRU14, UMNO & perkara berbangkit 7 April lalu, sekali lagi DYAM TMJ membuat kenyataan rasmi dengan postingan terbaru baginda.

Menurut DYAM TMJ...

APA-APA KEPUTUSAN DAN PENDAPAT ITU ADALAH HAK MASING-MASING.

Postingan DYAM TMJ sebelumnya (anda boleh baca disini reaksi netizen) adalah pendapat peribadi baginda yang terbaik difikirkan untuk negeri (Johor) -- bukan kerana menyelebahi mana-mana pihak.

TMJ Menjawab Reaksi Netizen Membidas Kenyataan Berkenaan UMNO PRU14 di Facebook

Rakyat Malaysia terlalu cepat "melatah"?

Baca betul-betul dan fahamkan dahulu. Bukan terus ‘breakdance’.

Rakyat berhak memberikan pandangan mereka sendiri & menyokong siapa sahaja. Rakyat juga berhak memberikan pandangan masing-masing -- itu hak semua orang.

Menurut baginda lagi, sebagai pemimpin politik, keutamaan adalah kepada rakyat...

Saya tetap berpegang walau sesiapa pun yang akan menjadi ketua dalam negara, beliau bukan berkhidmat untuk idealogi parti tetapi perlu berkhidmat kepada rakyat. Keutamaan yang pertama adalah rakyat.

Pandangan DYAM TMJ adalah ikhlas, rakyat berhak pilih siapa sahaja -- buatlah pilihan yang bijak!

Itu adalah pandangan ikhlas saya, tetapi macam mana yang saya katakan rakyat berhak untuk pilih apa sahaja yang rakyat mahu. Tetapi ingat, bahawa orang yang anda pilih mesti berkhidmat dan beri keutamaan kepada anda. Bukan kepada agenda peribadi.

Pandangan saya adalah untuk negeri Johor. Apa jua yang saya fikir dan apa yang saya buat adalah demi rakyat Johor. Pada saya, rakyat Johor yakin dengan kepimpinan DYMM Tuanku Sultan Johor

DYAM TMJ juga tidak pernah menyatakan pendirian baginda kepada mana-mana pemimpin atau parti politik khusus...

Saya dilahirkan untuk menjaga negeri Johor. Jadi, itu adalah tanggungjawab saya. Saya tidak cakap saya sokong Tun Mahathir, Dato Seri Najib atau sokong mana-mana pihak. Saya jenis berterus-terang. Sebelum ini ada kesalahan yang telah dilakukan oleh Dato Seri Najib, saya tegur! dan juga apabila Tun Mahathir ada isu pun saya tegur. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak menyokong sesiapa. Saya hanya tidak bersetuju apabila sesetengah individu yang pernah ada krisis dengan negeri Johor cuba mengambil negeri Johor! Kerana ini negeri saya. Negeri yang ayahanda saya dan datuk moyang kami mempertegakkan apabila berlaku sebarang krisis. Takkan begitu mudah rakyat lupakan krisis tersebut?

Terus bersama kekalkan perlembangan, kedaulatan & kesejahteraan negeri Johor...

Walaubagaimanapun, perlembagaan negeri Johor dan institusi negeri Johor perlu dikekalkan, dan kedaulatan serta kesejahteraan negeri Johor mesti menjadi keutamaan. Takkan itu pun amat susah untuk difahami? Anda hendak sokong sesiapa, anda sokong. Tetapi seperti yang saya katakan, apa jua urusan dalam negeri Johor itu antara saya dan rakyat Johor. Saya rasa orang lain tidak perlu masuk campur dan bersuara. Majoriti apabila kami buat kaji selidik, datang daripada luar.

Perbincangan terbuka sebegini di laman sosial membolehkan rakyat berbincang demi memajukan negeri serta terus taat kepada inistitusi & perlembagaan negeri...

Kami boleh bersama berbincang, sama-sama berbual dan saya beri pendapat saya, mereka bagi pendapat mereka. Itulah perkara yang membuatkan negeri ini maju, kerana kami saling berkongsi pendapat dan yang penting sekali adalah ikhlas serta taat kepada institusi dan juga perlembagaan negeri Johor.

Anda boleh baca kenyataan balas penuh postingan DYAM TMJ di laman Facebook Johor Southern Tigers ini.

Keitka artikel ini ditulis, postingan balas DYAM TMJ berkenaan isu politik, UMNO & PRU14 sebelumnya sudah menerima lebih 14K reaksi netizens, 1.4K Perkongsian & 2.7K Komen dari berbagai lapisan masyarakat.

#AntiFakeNews #PRU14 #Johor #BarisanNasional #PakatanRakyat #TMJ #NajibRazak #MahathirMohamed



DYAM TMJ Menjawab Pendapat Netizen Isu UMNO PRU14 di Facebook https://2.bp.blogspot.com/-S3rfASvLs8E/WsvD8G_xXvI/AAAAAAAAqdc/AfNT8Kg3Y3YpHQqMuT5LXlv4LpLzyDqqwCLcBGAs/w72-h72-p-k-no-nu/JOHOR-Southern-Tigers-TMJ-Netizens-PRU14-Conflicts%2B%25281%2529.png https://www.mynieve.com/2018/04/dyam-tmj-menjawab-pendapat-netizen-isu.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pengesahan & Kelulusan

Kesemua produk keluaran Niéve Beauty mempunyai pengesahan Nota Notifikasi dari Pengarah, Perkhidmatan Farmasitukal, Kementerian Kesihatan Malaysia -- memberikan keyakinan kepada pengguna terhadap bahan ter-kandungan pada produk keluaran Niéve Beauty.

Produk-produk Nieve Beauty telah pun memperoleh pengesahan & kebenaran untuk dipasarkan terus kepada pengguna mengikut Akta Kawalan Ubatan & Kosmetik 1984 -- Regulation 18 A (2).

Sila hubungi kami disini untuk pertanyaan lanjut & pengesahan.

Membuat Pesanan?

Kami di Niéve Beauty Kelantan menyediakan langkah mudah untuk membuat pesanan di-atas talian. Tidak memerlukan data peribadi & segala maklumat adalah rahsia.


Cara Melihat & Merubah Pesanan.


  • Click ikon di penjuru atas laman untuk melihat atau merubah produk pesanan anda bila-bila masa.

Cara Membuat Pesanan.


  • Di laman "Shop", pilih produk anda.
  • Semak harga serta tawaran istemwa kami sediakan atas talian.
  • Pilih opsyen disediakan (jika ada).
  • Tekan butang "Add to Cart".
  • Paparan troli shopping cart tertera bagi membuat perubahan/semakan atau terus menghantar pesanan anda.

Cara Menghantar Pesanan.


  • Di laman "Checkout", sila semak butiran pesanan.
  • Pilih destinasi penghantaran anda (jika ada)
  • Isi borang atas talian maklumat diperlukan.
  • Semak borang penghantaran.
  • Tekan butang "Hantar Pesanan" atau "Paypal" jika anda ingin menbuat transaksi atas talian -- mudah, selamat & transaksi anda dilindungi.

Seterusnya pesanan anda diproses & produk anda akan sampai di depan pintu dalam 3 hari bekerja -- begitu mudah!


Bayaran Melaui Sistem Perbankan

Bagi pembayaran melalui perbankan, pihak kami akan mengirimkan e-inbois terus ke telefon & alamat emel anda untuk pengesahan.


Bayaran On-line Melalui Paypal

Mudah cepat & sangat selamat dan pihak kami tidak meyimpan data peribadi anda. Anda boleh menggunakan baki akaun Paypal ataupun menggunakan kad kredit/debit bagi membuat pembayaran.

Transaksi anda dijamin & dilindungi sepenuhnya jika produk dipesan tidak dikirimkan seperti dijanjikan. Anda boleh memohon pengembalian bila-bila masa dengan klik butang "Refund" sahaja.

Maklumat Penghantaran

Niéve Beauty Kelantan sentiasa bekerjasama dengan perkhidmatan kurier/penghantaran yang paling efisyen untuk kiriman anda. Di-antara khidmat kurier yang terus berurusan adalah:-


  • Pos Laju (dalam & luar negara)
  • City Link
  • Skynet
  • Ta-Q-Bin

Pada dasarnya, pesanan anda akan sampai ke destinasi dalam 3 hingga 5 hari bekerja -- itu yang telah dijanjikan oleh pihak perkhidmatan pengiriman. Respons dari pengguna, ada ketikanya pesanan anda tiba kurang 24 jam!

Namun begitu, terdapat juga penghantaran yang mungkin akan terlewat kerana faktor-faktor diluar jangka.

Oleh itu, setelah pesanan dikirim, pihak kami akan menghantar "Tracking Code" terus kepada anda bagi menyemak kedudukan/status penghantaran tersebut.

Maklumat Pemulangan

Tidak 100% berpuas hati dengan produk dikirim? Mempunyai kecacatan luar jangka? Kami berikan 30 hari untuk tempoh pemulangan tanpa sebarang pertanyaan.

Masukkan semula produk pesanan anda yang rosak itu kedalam pek disediakan (bersama pakej asal & tag), sertakan salinan slip pemulangan di dalam pek tersbut. Kemudian, hantarkan melalui pek itu di perkhidmatan pos berhampirsan dengan tempat anda kepada kami.

Permohonan anda akan diproses & produk anda boleh diganti semula ataupun kami memulangkan semula wang pembelian anda -- mengikut kesesuaian. Untuk pengetahuan lanjut & kelayakan pemulangan, sila layari laman FAQ kami.

Shopping Cart View

Map

Store Settings

Theme Fonts

Disqus for nieve-care