Surat Terbuka Tun Rafidah kepada LHDN Derma RM2.08B Najib Tiada Status?


Tun Rafidah Aziz (Rafidah) terus memberikan tamparan hebat PRU14 ini apabila satu lagi surat terbuka telah disiarkan melalui laman Facebook beliau Rafidah Aziz Malaysian Citizen ditujukan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkenaan status baki "wang derma" diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (Najib) melalui akaun peribadinya.

Surat terbuka ini ditujukan kepada LHDN kerana banyak persoalan yang bermain di fikiran beliau & rakan-rakannya termasuk bagi pihak rakyat Malaysia yang bertanyakan apa bentuk tindakan & status derma yang telah diterima Najib melalui akaun peribadinya, yang dikhabarkan berjumlah lebih 2.08 Billion ringgit pada tahun 2013 yang lalu.

Surat Terbuka Tun Rafidah keada LHDN Status Wang Derma Najib Akaun Peribadi

Peguam Negara ketika itu, AG Apandi Ali (Apandi), juga telah mengesahkan bahawa Najib ada menerima wang sebanyak USD $681 juta atau RM2.08 billion dari seorang "Putera Saudi" melalui akaun peribadi Najib pada tahun 2013, namun sebahagiannya berjumlah USD $620 juta telah pun dikembalikan.

Menurut Rafidah, ini bermakna baki USD $61 juta iaitu bersamaan RM236.65 juta (kadar hari ini) masih disimpan didalam akaun peribadi Najib.

Disini, banyak persoalan timbul dimana:-

  • Adakah LHDN menjalankan tindakan sewajarnya diatas baki wang yang masih disimpan Najib dalam akaun peribadinya itu?
  • Apakah status sebenar baki "wang derma" tersebut?
  • Adakah "wang derma" tersebut layak dikenakan cukai tertentu kerana sudah "disimpan" sekian lama?
  • Adakah LHDN memperoleh penjelasan rasmi dari Najib?

Teks penuh surat terbuka Rafidah kepada LHDN boleh dibaca dibawah atau dilaman Facebook beliau: https://www.facebook.com/Tansrirafidah/videos/2040264522897671/

SURAT TERBUKA KEPADA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN)

Saya telah membaca, dari mulanya, kisah mengenai "lebih dari RM2.0 bilion " yang DI TERIMA daripada seorang Putera Saudi, OLEH PERDANA MENTERI , sebagai "DERMA".

Saya telah ditanya ,apa yang berlaku kepada DERMA tersebut.
Adakah Perdana Menteri dikenakan CUKAI atas jumlah yang diterima?

Saya tidak tahu.

Bagaimanapun, apabila diperiksa, didapati AG, Apandi Ali, dalam KENYATAAN RESMI beliau, telah SAHKAN , bahawa, AS $ 681 juta (RM2.08 bilion) telah dimasukkan, KEDALAM AKAUN PERIBADI PM, antara 22 Mac 2013, dan 4 April 2013. ( Kenyataan AG , HANYA keluar pada 26 2016 , iaitu selama
hampir 3 tahun KEMUDIAN )

Tidak lama SELEPAS itu, SATU KENYATAAN RASMI telah mengumumkan, bahawa "ADA SEBAHAGIAN" dari derma itu , telah DIPULANGKAN BALIK , kepada penderma.

Bahagian "YANG DIPULANGKAN" ini berjumlah AS $ 620 juta , daripada jumlah semua "sumbangan" asal , sebanyakAS $ 681 juta.

Ia BERMAKNA bahawa US$61 juta (kira-kira RM236 .65 juta pada kadar hari ini) , MASIH DISIMPAN , di dalam AKAUN PERIBADI PERDANA MENTERI.

Rakan2 saya, dan saya, menjadi sangat hairan.
Kami ingin BERTANYA kapada pihak LHDN, untuk dapat kami TERANGKAN, dan JELASKAN, kepada orang ramai ,secara umum , IAITU :----

1) Adakah DERMA YANG DIBERIKAN kepada Perdana Menteri, dan dipindahkan ke AKAUN PERIBADI NYA itu TELAH DIKENAKAN CUKAI?

2) ADAKAH BELIAU, seorang INDIVIDU, DIANGGAPKAN SEBUAH " ENTITIY KEBAJIKAN " ,YANG DICKECUALIKAN DARI CUKAI ,atau pun tidak?

3.) Adakah DERMA itu dianggap sebagai PENDAPATAN ,dan oleh itu DIKENAKAN CUKAI , keatas PENERIMA ?

4.) JIKA DERMA yang diterima oleh Perdana Menteri ITU , 'DIKECUALIKAN CUKAI', maka cara BAGAIMANAKAH ini dibenarkan oleh LHDN?

SILALAH terangkan, kerana saya bukan seorang Akauntan, seperti juga rakan2 saya, dan kami TIDAK tahu, bagaimana "DERMA " kepada SEORANG INDIVIDU, itu di LIHAT dan Di TAFSIR olih LHDN, iaitu pihak penguatkuasa Cukai.

ADAKAH pihak PERDANA MENTERI , telah menubuhkan SATU " ENTITY KEBAJIKAN", yang telah DI BERI STATUS DIKECUALIKAN CUKAI / TAX EXEMPT ?

ADAKAH mungkin PM telah menubuhkan satu AKAUN PEMEGANG AMANAH , dengan PIHAK2 Penandatangan/ SIGNATORIES ,yang TERTENTU? JIKA ada, SIAPAKAH pihak2 Penandatangan tersebut ?

Atau ADAKAH PERDANA MENTERI SENDIRI , yang mengendalikan AKAUN ITU ?

JIKA" YA," maka kami ingin BERTANYA..
ADAKAH PERDANA MENTERI sendiri, mempunyai KAWALAN PENUH , untuk MEMUTUSKAN, PEMBAYARAN2 kepada SESIAPA , JUMLAHNYA , dan BAGAIMANA CARANYA, serta SEGALA PERBELANJAAN WANG ,yang berada DALAM AKAUN PERIBADI PM TERSEBUT ?

JUGA kami ingin BERTANYA... Adakah wang tersebut untuk:
1. Tujuan politik?
2. Untuk Pertubuhan2 NGO?
3. Untuk Badan2 Amal?
4. Untuk Aktiviti Agama? (kerana kami diberitau yang sumbangan kepada Perdana Menteri itu adalah diberi , antara lain , atas alasan "kerja cemerlang beliau untuk agama Islam")

BOLIHKAH LHDN MEMAKLUMKAN...
BAGAIMANA DI ANGGAP / TAFSIR , BAHAGIAN DERMA , yang " diPULANGKAN BALIK " kepada Penderma, DAN diperlakukan dari SEGI CUKAI?

ADAKAH LHDN BUKTI KUKUH DENGAN DOKUMEN2 SAH , yang menunjukkan bahawa SEBAHAGIAN wang tersebut , BENAR2 memang telah diPULANGKAN KEPADA PENDERMA ?

Diharap, jika ia benar-benar DIPULANGKAN, maka BUKTI2NYA MESTI ditunjukkan.

ADAKAH Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mendapatkan penjelasan RASMI ,mengenai SEGALA BUTIRAN2 "DERMA" TERSEBUT?

ORANG AWAM masih terus mengajukan banyak pertanyaan hingga ke hari ini.

Saya telah diberitahu, LHDN telah bersungguh-sungguh MENGAGGU dan MENYERBU , pejabat2 dan premis2 ,dalam sektor SWASTA , untuk MENUNTUT semua jenis "cukai kebelakangan" /back taxes, HINGGA beberapa tahun kebelakang.

Dalam kebanyakan kes , LHDN mengambil PENDEKATAN "BAYAR DULU, TERANGKAN KEMUDIAN’

ADA PULAK ADUAN-ADUAN dimana, LHDN telah bertahun-tahun KEMBALIKAN/ REFUNDED , PEMBAYARAN TERLEBIH olih PEMBAYAR CUKAI.
TETAPI Pada tahun 2017, pembayar cukai yang sama secara tiba-tiba dituduh KONONNYA , "TIDAK DEKLARASI PENDAPATAN SEPENUHNYA’ dan telah DIKENAKAN BAYARAN CUKAI TERTUNGGAK (OUTSTANDING ARREARS) ,DENGAN PENALTI yang amat berat.
( MENGAPA LHDN telah REFUND/ PULANGKAN BALIK BAYARAN CUKAI , YANG LHDN sendiri , TELAH secara RESMI ANGGAP sebagai " TERLEBIH BAYAR " ?)

TENTANG DERMA kapada PM itu , ADA atau TIDAK DISEBUT di mana2 , ianya ialah " DERMA POLITIK”? (Yang terkecuali cukai)

SEBENARNYA...
TPM Zahid berkata dalam satu
KENYATAANNYA bahawa " DERMA kapada PM itu adalah diberi , "diatas kepercayaan kepadanya (PM) , dan kepimpinannya ,mengenai beberapa isu-isu utama". ( DI PETIK)

AG Apandi PULA , DALAM KENYATAAN RESMI berkata....
" TIDAK ADA APA2 SEBAB YANG DIBERIKAN , mengenai DERMA, yang dibuat kepada PM Najib. IANYA HAL PERIBADI DI ANTARA DIA ( Pm) dan keluarga SAUDI "). ( PETIK )

ADAKAH MUNGKIN, SEORANG RAKYAT BIASA MALAYSIA, yang MEMPEROLEHI US $ XXX juta , dari seseorang lain, dari Negara luar , DAN RAKYAT TERSEBUT ISYTIHARKAN nya SEBAGAI "DERMA" ...TANPA memberikan SEBARANG SEBAB.
DAN RAKYAT ITU ISYTIHARKAN PULA yang DERMA ITU adalah SATU PEMBERIAN PERIBADI ,atas SEBAB2 yang HANYA diketahui antara PEMBERI dan PENERIMA ?

DAPATKAH LHDN MENERIMA KENYATAAN2B RAKYAT TERSEBUT , TANPA MEMBUAT PENYIASATAN MENYELURUH ?

ADAKAH WANG DERMA ITU DIKENAKAN CUKAI?

Bolehkah LHDN memberikan jawapannya?

MUNGKIN ada standad yang berbeza ,digunakan untuk rakyat dan pemerintah?
Silalah sahkan.
Saya dan kawan-kawan saya sangat hairan dan tertanya2.

Bolehkah LHDN MENYIASAT KES DERMA SAUDI ini, SAMA seperti semua KES2 LAIN , di kalangan RAKYAT, dan SYARIKAT2 SWASTA , YANG di katakan tidak membayar cukai.

SERTA juga pihak2 yang dikatakan MASIH ada jumlah2 "tunggakan2 cukai ", dikalangan RAKYAT JELATA, dan SEKTOR SWASTA?

PADA HAL, dalam kes DERMA SAUDI ini, SUDAH PASTI PIHAK LHDN akan setuju "DERMA", sejumlah AS $ 61 juta, BUKAN LAH JUMLAH KECIL. (APATAH LAGI AS $ 681 juta).

DAN JUGA INI MELIBATKAN NAMA BAIK PERDANA MENTERI, yang juga MENTERI KEWANGAN, IAITU seorang yang BERTANGGONGJAWAB sepenuhnya, terhadap LHDN, DAN, dengan demikian , WAJAR menunjukkan ciri2 STANDAD TERTINGGI ,DARI SEGI TANGGUNGJAWAB, KETELUSAN dan ‘CARA MEMERINTAH YANG JUJUR DAN BAIK’.

Bolehkah seSIAPA terangkan kepada kami semua?

Tolonglah SAHKAN, bahawa derma itu MEMANG TELAH DITERIMA oleh Perdana Menteri dan DIMASUKKAN dalam AKAUN PERIBADI beliau.

VIDEO yang dilampirkan during , akan menjelaskannya. Ia adalah BUKTI.

Terima kasih

Rafidah Aziz

cc SEMUA AKAUNTAN


Rafidah juga, bersama surat terbuka di Fbnya ini, ada memuat naik sebuah video berupakan sebahagian wawancara bersama Najib yang jelas Najib sendiri mengatakan status "wang derma" yang diterima ke akaun peribadinya itu.

Boleh menonton wawancara Najib berkenaan derma ke akaun peribadinya disini: https://www.facebook.com/Tansrirafidah/videos/2040264522897671/

Netizens terus memberikan sokongan terhadap surat terbuka Rafidah untuk LHDN ini & jawapan beliau kenapa timbulkan isu ini sekarang adalah...

Baru sekarang masa yang tepat kan ?
Tak bolih lari dari Fakta !!

Open Letter Tun Rafidah to LHDN for Najib RM2.08B Gift in Account

#AntiFakeNews, #NajibRazak #Derma #TanSriRafidah #PRU14



Surat Terbuka Tun Rafidah kepada LHDN Derma RM2.08B Najib Tiada Status? https://1.bp.blogspot.com/-fj2Gr8u13VA/WtJfKNbC-hI/AAAAAAAAAKI/SLiHuqxrOX0jzeK-MEwX0Age7Q6RvL3JwCLcBGAs/w72-h72-p-k-no-nu/Rafidah-Aziz-Surat-Terbuka-LHDN-Derma-Najib-1MDB-208billion.png https://www.mynieve.com/2018/04/surat-terbuka-tun-rafidah-kepada-lhdn.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pengesahan & Kelulusan

Kesemua produk keluaran Niéve Beauty mempunyai pengesahan Nota Notifikasi dari Pengarah, Perkhidmatan Farmasitukal, Kementerian Kesihatan Malaysia -- memberikan keyakinan kepada pengguna terhadap bahan ter-kandungan pada produk keluaran Niéve Beauty.

Produk-produk Nieve Beauty telah pun memperoleh pengesahan & kebenaran untuk dipasarkan terus kepada pengguna mengikut Akta Kawalan Ubatan & Kosmetik 1984 -- Regulation 18 A (2).

Sila hubungi kami disini untuk pertanyaan lanjut & pengesahan.

Membuat Pesanan?

Kami di Niéve Beauty Kelantan menyediakan langkah mudah untuk membuat pesanan di-atas talian. Tidak memerlukan data peribadi & segala maklumat adalah rahsia.


Cara Melihat & Merubah Pesanan.


  • Click ikon di penjuru atas laman untuk melihat atau merubah produk pesanan anda bila-bila masa.

Cara Membuat Pesanan.


  • Di laman "Shop", pilih produk anda.
  • Semak harga serta tawaran istemwa kami sediakan atas talian.
  • Pilih opsyen disediakan (jika ada).
  • Tekan butang "Add to Cart".
  • Paparan troli shopping cart tertera bagi membuat perubahan/semakan atau terus menghantar pesanan anda.

Cara Menghantar Pesanan.


  • Di laman "Checkout", sila semak butiran pesanan.
  • Pilih destinasi penghantaran anda (jika ada)
  • Isi borang atas talian maklumat diperlukan.
  • Semak borang penghantaran.
  • Tekan butang "Hantar Pesanan" atau "Paypal" jika anda ingin menbuat transaksi atas talian -- mudah, selamat & transaksi anda dilindungi.

Seterusnya pesanan anda diproses & produk anda akan sampai di depan pintu dalam 3 hari bekerja -- begitu mudah!


Bayaran Melaui Sistem Perbankan

Bagi pembayaran melalui perbankan, pihak kami akan mengirimkan e-inbois terus ke telefon & alamat emel anda untuk pengesahan.


Bayaran On-line Melalui Paypal

Mudah cepat & sangat selamat dan pihak kami tidak meyimpan data peribadi anda. Anda boleh menggunakan baki akaun Paypal ataupun menggunakan kad kredit/debit bagi membuat pembayaran.

Transaksi anda dijamin & dilindungi sepenuhnya jika produk dipesan tidak dikirimkan seperti dijanjikan. Anda boleh memohon pengembalian bila-bila masa dengan klik butang "Refund" sahaja.

Maklumat Penghantaran

Niéve Beauty Kelantan sentiasa bekerjasama dengan perkhidmatan kurier/penghantaran yang paling efisyen untuk kiriman anda. Di-antara khidmat kurier yang terus berurusan adalah:-


  • Pos Laju (dalam & luar negara)
  • City Link
  • Skynet
  • Ta-Q-Bin

Pada dasarnya, pesanan anda akan sampai ke destinasi dalam 3 hingga 5 hari bekerja -- itu yang telah dijanjikan oleh pihak perkhidmatan pengiriman. Respons dari pengguna, ada ketikanya pesanan anda tiba kurang 24 jam!

Namun begitu, terdapat juga penghantaran yang mungkin akan terlewat kerana faktor-faktor diluar jangka.

Oleh itu, setelah pesanan dikirim, pihak kami akan menghantar "Tracking Code" terus kepada anda bagi menyemak kedudukan/status penghantaran tersebut.

Maklumat Pemulangan

Tidak 100% berpuas hati dengan produk dikirim? Mempunyai kecacatan luar jangka? Kami berikan 30 hari untuk tempoh pemulangan tanpa sebarang pertanyaan.

Masukkan semula produk pesanan anda yang rosak itu kedalam pek disediakan (bersama pakej asal & tag), sertakan salinan slip pemulangan di dalam pek tersbut. Kemudian, hantarkan melalui pek itu di perkhidmatan pos berhampirsan dengan tempat anda kepada kami.

Permohonan anda akan diproses & produk anda boleh diganti semula ataupun kami memulangkan semula wang pembelian anda -- mengikut kesesuaian. Untuk pengetahuan lanjut & kelayakan pemulangan, sila layari laman FAQ kami.

Shopping Cart View

Map

Store Settings

Theme Fonts

Disqus for nieve-care